Nuffnang Ads

Friday, January 13, 2012

Cerpen Cinta Itu Ketabahan.........

KERETA NISSAN SKYLINE BERWARNA HITAM MELUNCUR LAJU MEMBELAH ANGIN MALAM, TIBA-TIBA BUNYI SERETAN TAYAR YANG MEMBINGITKAN TELINGA BERAKHIR DI HUJUNG PANTAI. GADIS ITU KELUAR DARI KERETA ITU DAN BERLARI KE ARAH PANTAI...AKHIRNYA DIA TERDUDUK DI ATAS PASIR PANTAI YANG HALUS ITU. "AAAAARRRRRRRGGGGHHHHHHHHHH!!!!!!!!!" KEDENGARAN JERITAN MELEPASKAN SESAK DI JIWA. SAYUP-SAYUP JERITAN ITU BERTUKAR MENJADI TANGISAN MENGISI KESUNYIAN MALAM SEPERTIMANA SUNYINYA HATI SUCI MILIK GADIS BERNAMA NUR SYIRA ALYAA BT HASHIM.

"Papa...papa...papa.."hanya itu yang mampu keluar dari mulut Syra.
Puan Maimon memeluk erat satu-satunya anaknya itu.
"Sabar sayang. Kita kena kuat . Syra tak nak papa Syra susah kat di sana nanti kan ?"kata salah seorang saudara yang hadir.
Syra masih tidak dapat terima yang ayahnya telah tiada. Puan Maimon mengusap lembut rambut anaknya. Anaknya itu memang manja dengan suaminya. Tidak pernah sekali gadis manja itu dimarahinya. Sejak dari kecil...apa saja kemahuan Syra cuba dipenuhinya. Malah suaminya pernah menegurnya kerana memarahi anak gadis mereka itu. Syra ditatang bagai minyak yang penuh kerana itulah satu-satunya waris mereka. Syra yang baru menjejakkan kaki ke tingkatan satu itu terlalu muda untuk melalui episod duka dalam hidupnya."
"Syra....."lembut suara Azrul memanggil Syra mendongak dan memandang Azrul..serta merta dia meleraikan pelukan mamanya dan memeluk Azrul."Abang...papa Syra dah tak ada...kenapa papa kena pergi? Syra sayang papa. Syra janji tak akan mintak macam-macam. Syra akan belajar rajin-rajin sampai berjaya. Syra sanggup buat apa saja..Syra cuma nak papa."ujar Syra dalam tangisan.
Basah dada Azrul dengan airmata Syra. Azrul membalas pelukan Syra.
"Sabar ya sayang. Syra kena kuat. Kalau Syra sayangkan papa...Syira tak boleh nangis macam ni.Lebih baik Syra pergi ambil wuduk dan sedekahkan Yasin untuk arwah. Doakan yang papa Syra ditempatkan disamping orang-orang yang beriman . Ok sayang?"Azrul tunduk memandang wajah tidak bermaya Syra sambil dia mengesat airmata yang tak henti-henti mengalir itu. Dengan lemah Syra mengangguk dan menuju ke bilik air.
"Terima kasih Azrul".kata Puan Maimon dalam nada sebak. Azrul hanya mengangguk sambil memandang Syra yang melangkah.
Sayang...pertama kali dia memanggil gadis comel itu begitu. Dia memang sayangkan Syra. Walaupun semua orang mengingatkan yang sayang dia hanyalah seperti sayang seorang abang angkat terhadap adik angkatnya..tetapi tidak di dalam hatinya. Dia sayangkan Syra lebih daripada seorang adik. Tapi untuk meluahkan itu semua tidak mungkin akan terjadi pada waktu ini kerana Syra terlalu muda dan dirinya juga yang akan mengambil SPM pada hujung tahun ini membatasi kata hatinya. Apa orang kata nanti...cinta monyet tidak akan ke mana..mengenali dan membesar bersama Syra..Azrul merasakan hidupnya bahagia dengan adanya Syra.
Puan Maimon menepuk bahu Azrul. Tersentak dengan tepukan itu, Azrul memandang wanita yang telah dianggap macam mamanya itu.
"Kamu tak nak makan ke Azril. Lauk tahlil tadi ada lagi . Ibu kamu bagitahu dengan aunty , dari dia ambil kamu di asrama tadi kamu tak makan apa-apa lagi. Meh la makan."ajak Puan Maimon sambil tersenyum tawar. Jelas terpancar kesedihan dari mata wanita itu.
"Yela. Aunty dan Syra dah makan ?".tanya Azrul. "Aunty dah makan . Syra tu haa yang aunty risau. Dah berapa hari dia tak makan. Minum air je."keluh Puan Maimon . Segera Azrul melangkah ke arah Syra yang termenung di anjung rumah.
"Syra..meh makan."ajak Azrul.
"Abang makan la.Syra tak lapar."kata Syra.
"Ala...tak best la macam tu. Abang bosan la makan sorang-sorang. Teman abang makan boleh?"pujuk Azrul. Syra hanya membisu.
"Syra..janganlah macam ni. Tak baik tau buat mama, abang dan saudara lain risaukan Syra.Klau papa tengok Syra amcam ni tentu dia sedih .Syra kena teruskan hidup. Jadi anak yang berjaya dan solehah supaya papa kat sana tak sedih bila tengok Syra. Memang papa Syra dah tak ada. Tapi dia masih hidup disini Syra."kata Azrul sambil meletakkan tangannya di dada.
"Syra kena tabah..sentiasa doakan papa dan jaga mama Syra untuk papa. Kalau Syra  terus bersedih macam ni..mama Syra boleh sakit tau. Syra tak nak mama sakitkan ?"perlahan Azrul cuba menaikkan semula semangat Syra .Pantas Syra menggeleng laju.
"Jadi Syra kena la tabahkan hati. Adik abang ni kuatkan ?"tanya Azrul lembut. Syra mengangguk.
Azrul tersenyum dan mengusap kepala Syra,"Janji dengan abang..Syra akan belajar rajin-rajin, dapat kerja yang bagus dan bahagiakan mama. Boleh?"pinta Azrul sambil memegang bahu Syra.
"Syra janji . Syra taknak papa sedih. Syra sayangkan papa..sayang mama..sayang abang."ujar Syra membulatkan tekad di hati untuk menunaikan janji itu.

Syra mengangkat mata dari memandang laporan di tangan apabila terdengar ketukan di pintu."Masuk".arah Syra. Dia memegang batang hidungnya.Letih sungguh rasanya.
"Cik Syra..Encik Aiman dah sampai."kata Suzy yang merupakan setiausahanya.
"Suruh dia masuk."kata Syraperlahan sambul menanggalkan cermin matanya . Siapa kata jadi anak bos tak penat. Syarikat yang ditinggalkan arwah papanya itu sekarang dibawah kendaliannya. Terima kasih kepada Encik Harun yang merupakan kawan baik arwah papa. Syarikat yang dulunya hanya dibuka kecil-kecilan di bangunan rumah kedai sekarang sudah mampu berdiri gah di ibu kota. Dan hari ini dia akan berjumpa dengan anak Encik Harun untuk berbincang tentang hal ambil alih tugas Encik Harun. Encik Harun sudah dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.
"Assalamualaikum."ujar Aiman ketika masuk ke dalam bilik yang bertulis NUR SYIRA ALYAA-CEO MEGAH HOLDINGS. Nama itu macam pernah ku dengar tapi di mana ya?Aiman bermonolog  sendiri.
"Waalaikumusalam.Silakan duduk ."kata Syra sambil memandang tetamu yang hadir. Dia mengecilkan matanya.Macam pernah tengok. Pelanduk dua serupa kot. Haih,.kau ni Syra.Kot ye pun kau pernah minat mamat tu ..takkan la terbayang-bayang muka dia kat tetamu kau ni. Entah-entah memang sama tak.
"Yaya?"tnya Aiman tak percaya.
Biar betul ni yaya...sofskated mak aih..tak macam masa kat UKM dulu.Lagi buat aku tak tido malam....
"Aie..."lama da tak sebut nama tu.Bukan tak rindu tapi menyesal .Dulu Aie pernah meluahkan perasaannya..tapi masa tu dia belum ada hati kat Aie. Bila Aie mula jauhkan diri masa di tahun akhir ..baru dia sedar yand dia dah sayangkan lelaki itu. Tpi dia terlalu malu untuk berterus terang ..akhirnya semua tergantung macam itu saja.
"Lama tak jumpa . Apa khabar? Makin cantik nampaknya."Tanya Aiman sambil memuji.
"Haha....kau ni. Ada je modal kaunak mengusik..dari dulu tak berubah."jawab Syra untuk menutup keseganannya apabila dipuji begitu.
"Aku memang tak berubah masih sama Syra..kat dalam ni pun sama."Kata Aiman sambil memegang dadanya.
Syra gugup. Aie meluahkan rahsia hatinya sekali lagi. Aduh..apa yang patut aku lakukan ni .inilah peluang memang aku tunggukan. Tapi perlu ke aku terus memberi jawapan??Syra keliru...


Setelah setahun bekerja bersama. Akhirnya Aiman dan Syra ditunangkan. Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Syra kepada Azrul. Azrul agak terkejut. Walaupun penantiannya selama ini tidak membuahkan hasil ..dia berpuas hati kerana Syra bahagia. Untuk dirinya..kegembiraan dan kebahagiaan Syra adalah segala-galanya. Azrul yang baru bercadang untuk pulang tanah air setelah menamatkan masternya..membatalkan niat tersebut.Walaupun dia mahu Syra bahagia..tapi dia tidak mampu untul melihat Syra diijab kabulkan.
Tapi kita hanya merancang..Allah yang menentukan segala-galanya.Dua minggu sebelum majlis perkahwinan Syra dan Aiman..Aiman menelefon Azrul .Azrul agak terperanjat pada mulanya...tapi apabila dia merasakan yang Aiman hanya mahu mengenalinya..dia akhirnya akur.
"Rul...aku tak berapa kenal kau. Aku hanya kenal kau dari cerita-cerita yang Syra ceritakan.Aku merasakan yang kau adalah orang yang amat penting dalam hidupnya daripada cara dia bercerita.Bukan aku cemburu atau dengki..aku cuma merasa tidak sedap hati jika aku mengahwininya tapi tidak mengenali orang terpenting yang menaikkan semangatnya untuk hidup selama ini..tu yang aku telefon ni..Aku harap kau tak salah faham ."kata Aiman.
"Takadalah..aku tak bersangka buruk terhadap kau.Malah aku berterima kasih kepada kau kerana membuat Syra bahagia.Apabila dia bagitahu yang kau nak masuk meminang dulu..ceria sungguh suaranya.Aku tumpang gembira."ujar Azrul ikhlas.
"Terima kasih Rul.Dia memang gembira sangat..ni pun dia bising sebab aku tak bagi kad jemputan kat belah aku lagi.Yang belah dia, minggu lepas lagi dia da pos.Excited sungguh."kata Aiman sambil ketawa kecil.
"Haha..Syra tu memang macam tu..membebel je dia tahu.Aku harap kau dapat jaga dia dengan baik."kata Azrul.
"Rul..akau tak tahu la kenapa..tapi aku nak cakap dengan kau ni..kalau apa-apa jadi kat aku//kau jaga Syra ye. Aku tahu kalau aku tak cakap pun kau akan tetap buat benda yang sama.Tapi aku rasa kau adalah orang yang terbaik dan paling sesuai untuk dia sebenarnya..Haih..maaflah yer..aku tak tahu kenapa..merapu pulak aku malam ni."kata Aiman penuh perasaan.Azrul tertanya-tanya dengan kata-kata Aiman...
Azrul bergegas pulang ke Malaysia setelah mendapat panggilan telefon dari Syra.
Setibanya di rumah Syra..dia segera mencari wajah pengarang jantungnya itu.Matanya singgah di muka yang sembap itu.Lebih merisaukannya apabila ibunya memberitahu yang Syra memecut keluar dengan keretanya selepas mendapat berita itu.
Syra yang melihat Azrul..segera berlari ke arahnya. Dia menangis tersedu-sedan di dada Azrul.Azrul memeluk Syra erat sambil mengusap rambutnya.
"Sabar sayang. Setiap yang hidup itu pasti akan pergi. Kita yang hidup ini kena teruskan hidup ya sayang.Jangan putus asa. Abang tahu sayang  abang ni kuat."Azrul terus meluahkan kata-kata semangat.
"Tapi..kami baru je bersama kenapa dia kena pergi??Kenapa semua orang yang Syra sayang pergi tinggalkan Syra?"luah Syra dalam esaknya.
"Syra tal boleh cakap macam tu sayang.Kita hanya merancang..yang menentukan adalah Dia. Kita hanya berdoa.Sayang ingatkan apa abang pernah cakap masa arwah papa pergi dulu?"Azrul cuba memujuk lagi.
"Ingat...kalau orang yang pergi tu nampak kita bersedih..nanti dia pun sedih sama."perlahan suara Syra.
Azrul merangkul erat tubuh gadis yang sangat dicintainya itu.Adakah ini yang dinamakan jodoh?Permintaan mama Syra dan saranan dari ibunya sendiri terngiang-ngiang di telinganya.
"Rul..aunty tahu Rul dan keluarga Rul dah banyak bantu aunty dan Syra.Tapi aunty tak tahu nak minta tolong kat siapa lagi..Hanya Rul harapan aunty.tolong kahwin dengan Syra.Kad jemputan belah perempuan dah diedarkan semuanya.Tempoh satu minggu tak  cukup untuk bagitahu semua jemputan yang majlis dibatalkan."pinta Puan Maimon.
"Tolonglah Rul...ibu tahu..kamu dari dulu ada hati pada Syra.Bantulah Aunty Maimon tu. Ibu dah lama harapkan yang Syra jadi menantu ibu."Ibunya memberi restu.
Permintaan Puan Maimon dan ibunya itu ibarat bulan jatuh ke riba.Memang itu kehendaknya selama ini.Tapi mahukah Syra menerima cintanya.?Persoalan itu terus bermain di dalam fikiran Azrul.


"Aiman..kan mama dah cakap jangan lari.Nanti jatuh ."kata Syira memberi nasihat.Tapi anak kecil itu masih terus berlari mengejar anak kucing yang ada di taman itu.Dia hanya mampu menggeleng.
"Biarkanlah dia..budak-budak..biasalah."satu suara menegur dari belakang sambil merangkul pinggang Syra.Dia tersenyum sambil memandang anak kecilnya yang lincah itu.
"Abang ni..suka manjakan budak tu.Penat tau Syra nak layan karenah dia..kerenah papa dia lagi..manja mengalahkan anak."dalam bebelan Syra mengusik suami tercintanya itu. Lelaki itu ketawa sambil mengeratkan lagi pautan di pinggang Syra.
Mereka sama-sama memandang ke arah Aiman.Masing-masing tersenyum dengan telatah Aiman .Azrul bersyukur kerana diberi kebahagiaan ini. Walaupun pada awal perkahwinan..Syra agak susah untuk menerimanya..tetapi berkat kesabarannya dan doa dari keluarga masing-masing..Syra sekarang sudah menerimanya..bukan itu sahajah..Syra sekarang mencintainya.Berkat ketabahan kami bersama mengharungi alam rumah tangga..kami dikurniakan Aiman yang kini hampir berusia tiga tahun. Semoga kebahagiaan milik mereka selamanya..Amin...
Al fatihah untuk arwah Aiman bin Harun.   



No comments:

Post a Comment