Nuffnang Ads

Wednesday, January 25, 2012

<-To My All Friends->

Assalamualaikum,

Kepada kawan-kawan yang di kasihi,disini saya yang dipanggil ikh ingin meminta maaf atas kesilapan apa yang aku lakukan..Aku ada sebab kenapa berdiam diri..bukan saja-saja nk diamkan diri...kadang-kadang aku tertekan dengan satu kawan nie....aku jadi gila disebabkan dia.Sekarang aku dah okay dengan family cuma tahun ni aku berazam aku taknak wat hal lagi...Seminggu ni aku serius sakit sampai tak pergi kerja then xleh kuar rumah sangat sebab bengkak dimuka.Nasib baik cepat g hospital pakar kulit.Doktor kata sempat untuk dirawati..Lepas tu,aku sekarang lagi malas nk topup2 enset sejak dah tak ada bf nie.Hmm lagi la xpegang enset sangat..so aku tak macam dulu yang 24jam asyik pegang enset.So mmg salah aku cz xangkat call and blas msj..aku rimas time tu..Aku tak ada niat nk putus persahabatan,tapi korang-korang je yang memandai nk putus..nk je aku tengking2 korang...dah la aku ada problem,kau kacau..mmg cari nahas lah...Korang salah faham dengan keadaan aku...okay,masalah pertama aku ialah,family..benda ni tak akan lari dari kehidupan kita.Setiap keluarga lain masalah so jangan nk samakan keadaannya..sekarang dah okay balik.dah selesai untuk bulan nie..Kedua adalah,aku ni susah meminjam duit tpi disebabkan terpaksa dengan keadaan sekeliling aku terpaksa..tapi ada jugak yang tak faham2 lagi..mmg la duit boleh dicari...masalahnya kalau benda tu urgent,aku nk korek mana dalam masa terdekat..cuba bgtau aku..Kau kata senang la,if family aku ni orang senang aku xkisah lah...if aku anak tunggal xkisah lah..TAPI!! aku ada adik2 yang still sekolah..ayah aku pun susah.Aku sebagai anak sulung yang banyak memikir caranya.Korang cakap mmg senang tahap mulut xberfikir..Geram aku..Aku bekerja dibawah ayah aku.Tapi sakit lah kerja kat sini sebab baru buka.So kewangan xmencukupi untuk company ni..Korang ingat kalau bukak company ni orang kaya..banyak duit..tak la wahai manusia...banyak dugaan banyak yang perlu lakukan..Sebelum orang jadi kaya,banyak onak duri dalam perniagaan..ingat bukak company terus digelar orang kaya...itu sesetengah orang..tpi cuba tanya dorang apa yang dia lakukan untuk perniagaan...?emm...aku nk meminjam pun ,aku tengok keadaan kawan-kawan aku..dorang pun ada masalah dorang..atleast aku tak adalah kejam sangat...Kawan-kawan aku pun pelik tetiba aku nk pinjam duit dorang padahal aku dgn family kelihatan gembira...Tpi nk buat macamana,keadaan tak sentiasa sama je..Mak aku xajar adik2 aku berhutang sbb hutang la kita tertekan...So seumur hidup aku,aku tak pernah berhutang kecuali hutang balas budi mak ayah aku...now aku dah terjebak dalam hutang dengan kawan-kawan..tinggal lagi berapa orang nk bayarkan hutang...aku tak suka lama-lama hutang kecuali kalau duit tak mencukupi...so aku terlambat.Hmmm aku kerja sendiri,itu yang payah...Maaf kawan-kawan,bukan hilangkan diri sebab lari dari bayar hutang cuma ada keadaan yang tak mengizinkan...Ketiga,aku benci EX-BF aku..hahaha..sengal...Cuma beberapa orang je aku tak benci...cz aku sayang dorang sebab putus cara baik dan tak sakit hati aku...Thankz yea.Kepada kawan-kawan yang memahami,aku sayang dan rindu sangat-sangat kat korang..nanti bila muka aku dah okay,cun...kita hangout macam dulu-dulu yea...dah lama sangat tak keluar bersama-sama..lama sangat...rindu memori..hukhuk..nk menangis pun ada....('_'). Aku janji,lepas aku selesai kan target aku,kita g bercuti k....hanya kawan-kawan perempuan je..

Friday, January 13, 2012

Cerpen Cinta Itu Ketabahan.........

KERETA NISSAN SKYLINE BERWARNA HITAM MELUNCUR LAJU MEMBELAH ANGIN MALAM, TIBA-TIBA BUNYI SERETAN TAYAR YANG MEMBINGITKAN TELINGA BERAKHIR DI HUJUNG PANTAI. GADIS ITU KELUAR DARI KERETA ITU DAN BERLARI KE ARAH PANTAI...AKHIRNYA DIA TERDUDUK DI ATAS PASIR PANTAI YANG HALUS ITU. "AAAAARRRRRRRGGGGHHHHHHHHHH!!!!!!!!!" KEDENGARAN JERITAN MELEPASKAN SESAK DI JIWA. SAYUP-SAYUP JERITAN ITU BERTUKAR MENJADI TANGISAN MENGISI KESUNYIAN MALAM SEPERTIMANA SUNYINYA HATI SUCI MILIK GADIS BERNAMA NUR SYIRA ALYAA BT HASHIM.

"Papa...papa...papa.."hanya itu yang mampu keluar dari mulut Syra.
Puan Maimon memeluk erat satu-satunya anaknya itu.
"Sabar sayang. Kita kena kuat . Syra tak nak papa Syra susah kat di sana nanti kan ?"kata salah seorang saudara yang hadir.
Syra masih tidak dapat terima yang ayahnya telah tiada. Puan Maimon mengusap lembut rambut anaknya. Anaknya itu memang manja dengan suaminya. Tidak pernah sekali gadis manja itu dimarahinya. Sejak dari kecil...apa saja kemahuan Syra cuba dipenuhinya. Malah suaminya pernah menegurnya kerana memarahi anak gadis mereka itu. Syra ditatang bagai minyak yang penuh kerana itulah satu-satunya waris mereka. Syra yang baru menjejakkan kaki ke tingkatan satu itu terlalu muda untuk melalui episod duka dalam hidupnya."
"Syra....."lembut suara Azrul memanggil Syra mendongak dan memandang Azrul..serta merta dia meleraikan pelukan mamanya dan memeluk Azrul."Abang...papa Syra dah tak ada...kenapa papa kena pergi? Syra sayang papa. Syra janji tak akan mintak macam-macam. Syra akan belajar rajin-rajin sampai berjaya. Syra sanggup buat apa saja..Syra cuma nak papa."ujar Syra dalam tangisan.
Basah dada Azrul dengan airmata Syra. Azrul membalas pelukan Syra.
"Sabar ya sayang. Syra kena kuat. Kalau Syra sayangkan papa...Syira tak boleh nangis macam ni.Lebih baik Syra pergi ambil wuduk dan sedekahkan Yasin untuk arwah. Doakan yang papa Syra ditempatkan disamping orang-orang yang beriman . Ok sayang?"Azrul tunduk memandang wajah tidak bermaya Syra sambil dia mengesat airmata yang tak henti-henti mengalir itu. Dengan lemah Syra mengangguk dan menuju ke bilik air.
"Terima kasih Azrul".kata Puan Maimon dalam nada sebak. Azrul hanya mengangguk sambil memandang Syra yang melangkah.
Sayang...pertama kali dia memanggil gadis comel itu begitu. Dia memang sayangkan Syra. Walaupun semua orang mengingatkan yang sayang dia hanyalah seperti sayang seorang abang angkat terhadap adik angkatnya..tetapi tidak di dalam hatinya. Dia sayangkan Syra lebih daripada seorang adik. Tapi untuk meluahkan itu semua tidak mungkin akan terjadi pada waktu ini kerana Syra terlalu muda dan dirinya juga yang akan mengambil SPM pada hujung tahun ini membatasi kata hatinya. Apa orang kata nanti...cinta monyet tidak akan ke mana..mengenali dan membesar bersama Syra..Azrul merasakan hidupnya bahagia dengan adanya Syra.
Puan Maimon menepuk bahu Azrul. Tersentak dengan tepukan itu, Azrul memandang wanita yang telah dianggap macam mamanya itu.
"Kamu tak nak makan ke Azril. Lauk tahlil tadi ada lagi . Ibu kamu bagitahu dengan aunty , dari dia ambil kamu di asrama tadi kamu tak makan apa-apa lagi. Meh la makan."ajak Puan Maimon sambil tersenyum tawar. Jelas terpancar kesedihan dari mata wanita itu.
"Yela. Aunty dan Syra dah makan ?".tanya Azrul. "Aunty dah makan . Syra tu haa yang aunty risau. Dah berapa hari dia tak makan. Minum air je."keluh Puan Maimon . Segera Azrul melangkah ke arah Syra yang termenung di anjung rumah.
"Syra..meh makan."ajak Azrul.
"Abang makan la.Syra tak lapar."kata Syra.
"Ala...tak best la macam tu. Abang bosan la makan sorang-sorang. Teman abang makan boleh?"pujuk Azrul. Syra hanya membisu.
"Syra..janganlah macam ni. Tak baik tau buat mama, abang dan saudara lain risaukan Syra.Klau papa tengok Syra amcam ni tentu dia sedih .Syra kena teruskan hidup. Jadi anak yang berjaya dan solehah supaya papa kat sana tak sedih bila tengok Syra. Memang papa Syra dah tak ada. Tapi dia masih hidup disini Syra."kata Azrul sambil meletakkan tangannya di dada.
"Syra kena tabah..sentiasa doakan papa dan jaga mama Syra untuk papa. Kalau Syra  terus bersedih macam ni..mama Syra boleh sakit tau. Syra tak nak mama sakitkan ?"perlahan Azrul cuba menaikkan semula semangat Syra .Pantas Syra menggeleng laju.
"Jadi Syra kena la tabahkan hati. Adik abang ni kuatkan ?"tanya Azrul lembut. Syra mengangguk.
Azrul tersenyum dan mengusap kepala Syra,"Janji dengan abang..Syra akan belajar rajin-rajin, dapat kerja yang bagus dan bahagiakan mama. Boleh?"pinta Azrul sambil memegang bahu Syra.
"Syra janji . Syra taknak papa sedih. Syra sayangkan papa..sayang mama..sayang abang."ujar Syra membulatkan tekad di hati untuk menunaikan janji itu.

Syra mengangkat mata dari memandang laporan di tangan apabila terdengar ketukan di pintu."Masuk".arah Syra. Dia memegang batang hidungnya.Letih sungguh rasanya.
"Cik Syra..Encik Aiman dah sampai."kata Suzy yang merupakan setiausahanya.
"Suruh dia masuk."kata Syraperlahan sambul menanggalkan cermin matanya . Siapa kata jadi anak bos tak penat. Syarikat yang ditinggalkan arwah papanya itu sekarang dibawah kendaliannya. Terima kasih kepada Encik Harun yang merupakan kawan baik arwah papa. Syarikat yang dulunya hanya dibuka kecil-kecilan di bangunan rumah kedai sekarang sudah mampu berdiri gah di ibu kota. Dan hari ini dia akan berjumpa dengan anak Encik Harun untuk berbincang tentang hal ambil alih tugas Encik Harun. Encik Harun sudah dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.
"Assalamualaikum."ujar Aiman ketika masuk ke dalam bilik yang bertulis NUR SYIRA ALYAA-CEO MEGAH HOLDINGS. Nama itu macam pernah ku dengar tapi di mana ya?Aiman bermonolog  sendiri.
"Waalaikumusalam.Silakan duduk ."kata Syra sambil memandang tetamu yang hadir. Dia mengecilkan matanya.Macam pernah tengok. Pelanduk dua serupa kot. Haih,.kau ni Syra.Kot ye pun kau pernah minat mamat tu ..takkan la terbayang-bayang muka dia kat tetamu kau ni. Entah-entah memang sama tak.
"Yaya?"tnya Aiman tak percaya.
Biar betul ni yaya...sofskated mak aih..tak macam masa kat UKM dulu.Lagi buat aku tak tido malam....
"Aie..."lama da tak sebut nama tu.Bukan tak rindu tapi menyesal .Dulu Aie pernah meluahkan perasaannya..tapi masa tu dia belum ada hati kat Aie. Bila Aie mula jauhkan diri masa di tahun akhir ..baru dia sedar yand dia dah sayangkan lelaki itu. Tpi dia terlalu malu untuk berterus terang ..akhirnya semua tergantung macam itu saja.
"Lama tak jumpa . Apa khabar? Makin cantik nampaknya."Tanya Aiman sambil memuji.
"Haha....kau ni. Ada je modal kaunak mengusik..dari dulu tak berubah."jawab Syra untuk menutup keseganannya apabila dipuji begitu.
"Aku memang tak berubah masih sama Syra..kat dalam ni pun sama."Kata Aiman sambil memegang dadanya.
Syra gugup. Aie meluahkan rahsia hatinya sekali lagi. Aduh..apa yang patut aku lakukan ni .inilah peluang memang aku tunggukan. Tapi perlu ke aku terus memberi jawapan??Syra keliru...


Setelah setahun bekerja bersama. Akhirnya Aiman dan Syra ditunangkan. Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Syra kepada Azrul. Azrul agak terkejut. Walaupun penantiannya selama ini tidak membuahkan hasil ..dia berpuas hati kerana Syra bahagia. Untuk dirinya..kegembiraan dan kebahagiaan Syra adalah segala-galanya. Azrul yang baru bercadang untuk pulang tanah air setelah menamatkan masternya..membatalkan niat tersebut.Walaupun dia mahu Syra bahagia..tapi dia tidak mampu untul melihat Syra diijab kabulkan.
Tapi kita hanya merancang..Allah yang menentukan segala-galanya.Dua minggu sebelum majlis perkahwinan Syra dan Aiman..Aiman menelefon Azrul .Azrul agak terperanjat pada mulanya...tapi apabila dia merasakan yang Aiman hanya mahu mengenalinya..dia akhirnya akur.
"Rul...aku tak berapa kenal kau. Aku hanya kenal kau dari cerita-cerita yang Syra ceritakan.Aku merasakan yang kau adalah orang yang amat penting dalam hidupnya daripada cara dia bercerita.Bukan aku cemburu atau dengki..aku cuma merasa tidak sedap hati jika aku mengahwininya tapi tidak mengenali orang terpenting yang menaikkan semangatnya untuk hidup selama ini..tu yang aku telefon ni..Aku harap kau tak salah faham ."kata Aiman.
"Takadalah..aku tak bersangka buruk terhadap kau.Malah aku berterima kasih kepada kau kerana membuat Syra bahagia.Apabila dia bagitahu yang kau nak masuk meminang dulu..ceria sungguh suaranya.Aku tumpang gembira."ujar Azrul ikhlas.
"Terima kasih Rul.Dia memang gembira sangat..ni pun dia bising sebab aku tak bagi kad jemputan kat belah aku lagi.Yang belah dia, minggu lepas lagi dia da pos.Excited sungguh."kata Aiman sambil ketawa kecil.
"Haha..Syra tu memang macam tu..membebel je dia tahu.Aku harap kau dapat jaga dia dengan baik."kata Azrul.
"Rul..akau tak tahu la kenapa..tapi aku nak cakap dengan kau ni..kalau apa-apa jadi kat aku//kau jaga Syra ye. Aku tahu kalau aku tak cakap pun kau akan tetap buat benda yang sama.Tapi aku rasa kau adalah orang yang terbaik dan paling sesuai untuk dia sebenarnya..Haih..maaflah yer..aku tak tahu kenapa..merapu pulak aku malam ni."kata Aiman penuh perasaan.Azrul tertanya-tanya dengan kata-kata Aiman...
Azrul bergegas pulang ke Malaysia setelah mendapat panggilan telefon dari Syra.
Setibanya di rumah Syra..dia segera mencari wajah pengarang jantungnya itu.Matanya singgah di muka yang sembap itu.Lebih merisaukannya apabila ibunya memberitahu yang Syra memecut keluar dengan keretanya selepas mendapat berita itu.
Syra yang melihat Azrul..segera berlari ke arahnya. Dia menangis tersedu-sedan di dada Azrul.Azrul memeluk Syra erat sambil mengusap rambutnya.
"Sabar sayang. Setiap yang hidup itu pasti akan pergi. Kita yang hidup ini kena teruskan hidup ya sayang.Jangan putus asa. Abang tahu sayang  abang ni kuat."Azrul terus meluahkan kata-kata semangat.
"Tapi..kami baru je bersama kenapa dia kena pergi??Kenapa semua orang yang Syra sayang pergi tinggalkan Syra?"luah Syra dalam esaknya.
"Syra tal boleh cakap macam tu sayang.Kita hanya merancang..yang menentukan adalah Dia. Kita hanya berdoa.Sayang ingatkan apa abang pernah cakap masa arwah papa pergi dulu?"Azrul cuba memujuk lagi.
"Ingat...kalau orang yang pergi tu nampak kita bersedih..nanti dia pun sedih sama."perlahan suara Syra.
Azrul merangkul erat tubuh gadis yang sangat dicintainya itu.Adakah ini yang dinamakan jodoh?Permintaan mama Syra dan saranan dari ibunya sendiri terngiang-ngiang di telinganya.
"Rul..aunty tahu Rul dan keluarga Rul dah banyak bantu aunty dan Syra.Tapi aunty tak tahu nak minta tolong kat siapa lagi..Hanya Rul harapan aunty.tolong kahwin dengan Syra.Kad jemputan belah perempuan dah diedarkan semuanya.Tempoh satu minggu tak  cukup untuk bagitahu semua jemputan yang majlis dibatalkan."pinta Puan Maimon.
"Tolonglah Rul...ibu tahu..kamu dari dulu ada hati pada Syra.Bantulah Aunty Maimon tu. Ibu dah lama harapkan yang Syra jadi menantu ibu."Ibunya memberi restu.
Permintaan Puan Maimon dan ibunya itu ibarat bulan jatuh ke riba.Memang itu kehendaknya selama ini.Tapi mahukah Syra menerima cintanya.?Persoalan itu terus bermain di dalam fikiran Azrul.


"Aiman..kan mama dah cakap jangan lari.Nanti jatuh ."kata Syira memberi nasihat.Tapi anak kecil itu masih terus berlari mengejar anak kucing yang ada di taman itu.Dia hanya mampu menggeleng.
"Biarkanlah dia..budak-budak..biasalah."satu suara menegur dari belakang sambil merangkul pinggang Syra.Dia tersenyum sambil memandang anak kecilnya yang lincah itu.
"Abang ni..suka manjakan budak tu.Penat tau Syra nak layan karenah dia..kerenah papa dia lagi..manja mengalahkan anak."dalam bebelan Syra mengusik suami tercintanya itu. Lelaki itu ketawa sambil mengeratkan lagi pautan di pinggang Syra.
Mereka sama-sama memandang ke arah Aiman.Masing-masing tersenyum dengan telatah Aiman .Azrul bersyukur kerana diberi kebahagiaan ini. Walaupun pada awal perkahwinan..Syra agak susah untuk menerimanya..tetapi berkat kesabarannya dan doa dari keluarga masing-masing..Syra sekarang sudah menerimanya..bukan itu sahajah..Syra sekarang mencintainya.Berkat ketabahan kami bersama mengharungi alam rumah tangga..kami dikurniakan Aiman yang kini hampir berusia tiga tahun. Semoga kebahagiaan milik mereka selamanya..Amin...
Al fatihah untuk arwah Aiman bin Harun.   



Thursday, January 12, 2012

Rahsia Di Sebalik Senyuman :)

SENYUM....TAK PERLU KATA APA-APA. HANYA RINGANKAN MULUT UNTUK MENGUKIR SEBUAH SENYUMAN YANG BOLEH MENCERIAKAN HARI KAMU DAN JUGA ORANG DI SEKELILING KAMU.


  • Para saintis mendapati senyum dan ketawa merpakan satu senaman berbentuk joging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  • Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup kamutetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  • Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira' . Selain itu,apabila tersenyum , kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  • Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorpin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  • Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum kamu ketawa.
  • Kamu juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
  • Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis stress iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  • Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semula jadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  • Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi  sepeti kemurungan , kemarahan, atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
  • Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan isiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi,strok, artritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
  • Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma,abdomen , sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut; organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen ,merangsang kedua-dua belah otok dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi , membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  • Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan . Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
  • Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah . Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal dan apa yang diperlukan adalah sekelumit rasa ikhlas yang boleh memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan =D  <3

Wednesday, January 11, 2012

Running Man (chanel 393 di astro)KOREAN.


Ini adalah peserta RUNNING MAN yang terdiri iaitu Kwang Soo,Jong Kook, Jae Suk, Ji Hyo, Suk Jin, HAHA, dan Gary. Aku suka rancangan ini coz tergelak melihat telatah mereka..Memang xdapat lupakan apa yang berlaku..adoii..Rancangan ni selalu disiarkan pada hari jumaat pukul 7.30ptg dan 1pagi...huhu..Antara peserta Running Man,banyak gelaran yang diberi seperti Kwang Soo yang digelar KwangSoo-Avatar..hehehe.Kecian dia.hahaha..kelakar kan.adoi..Jong Kook pulak digelar Si Penganas/ Raksasa.Memang pun patut digelar macam tu cz badan dia yang tough tu,buat aku takut je..dalam peserta ni semua orang tak berani dengannya...hehe.tpi Si penganas ada kelemahan jugak iaitu berhdapan dengan seorang wanita,dia akan menjadi seorang yang baik hati dan mudah terpedaya.hahaha.Jae Suk pula si Mulut Itik coz tak berhenti bercakap.hahahaha..dia memang suka bercakap...then Ji Hyo dan Gary merupakan pasangan yang dipanggil Monday Couple.Sweet dorang ni...romantik..hehe.Ji hyo seorang wanita dalam peserta Running Man.Dia lincah dan sedikit blur2.hihihi...dan Gary pula akan selalu diungkapkan adalah STRESS..hahaha.macam2 perangainya.adoyai...HAHA pula seorang lelaki yang suka ambil kesempatan dalam rancangan ini..dia akrab dgn Jong Kook dah macam adik beradik dah.huhu.Pantang jumpa girl,semua dia nk ngorat.hahaha.Dan peserta akhir Suk Jin, seorang yang lambat pickup.hehehe.blur2 je dia.:D

Apa apa pun memang best la rancangan nie...hilang penat bekerja lepas tgk rancangan nie..


Suk Jin
Jae Suk


KwangSoo - Avatar



Jong Kook-Si penganas

Monday Couple_ Gary & Ji Hyo

HAHA

Tuesday, January 10, 2012

Kehidupan

Kita sebagai manusia biasa pasti terlalai akan sesuatu...bukan semua manusia sempurna,kelemahan dan kekurangan adalah seorang manusia..kita cuma berusaha menjadi seorang yang berjaya..bukan kita yang pinta untuk menjadi seorang lemah..kita bermula dari kelemahan kemudian baru kekuatan...barulah ada makna dalam kehidupann.Macam aku,sudah nak masuk 21thn aku melalui perjalanan kehidupan. Banyak kenangan pahit dan manis.Cuma Allah dan aku je tahu macam macamana kehidupan aku dahulu...tahun 2011 adalah kehidupan aku yang amat perit aku lalui...aku yang merasa..bukan aku untuk menjadi seperti itu cuma keadaan memaksa dan kucar kacir. Andai aku dapat patah balik semula kehidupan aku,akan aku perbaiki balik apa yang berlaku..dan mewarnai dengan keindahan.Tapi itu semuanya tak mungkin akan terjadi....kan kan..so aku berharap dengan Tahun 2012 ini merupakan tahun yang paling bermakna dan aku tidak akan sia-siakan hidup aku..Setelah apa yang berlaku,aku akan ambil iktibar dalam cerita aku dahulu.Tentang keluarga, kawan-kawan dan teman istimewa.kadang-kadang tanpa mereka kita tak akan kenal siapa diri kita,Tapi didalam dunia ni tidak lain tidak bukan hanya allah yang tahu apa yang berlaku antara diri aku.Dia lah yang tahu semuanya tentang perjalanan hidup aku...Kita bersyukur kerana kita masih hidup keranaNya..Pasal cinta sebenarnya aku belum bersedia lagi coz hati aku pilu teramat pilu disebabkan seseorang yang sakiti aku..Dengan itu,tahun ini aku berharap aku akan dapat melupakan semuanya,dan fokus pada kerjaya aku..aku taknak sia-siakan hidup aku lagi...Apa-apa pun cuma ini je yang aku boleh katakan yang aku teraamat sayang kan family aku dan kawan-kawan aku...Maafkan aku kawan-kawan....ada sebab kenapa aku diamkan diri....love you friendz..<3 <3