Nuffnang Ads

Monday, July 15, 2013

Kawan

Assalamualiakum,

Aku ada nak cerita nie,hehe...so aku nak tanya korang dulu.. kau sakit hati tak kalau korang tetiba dituduh kita lupakan kawan yang kita rapat bersama.. aku kecian pun ada jugak niew and kecewa pun ada jugak..bila masa kitorang lupa dia..tak silap kitorang,kitorang xlupa pun, siap nak berjumpa sentiasa n selalu sebut nama dia...tapi di tuduh kitorang lupakan dia sekian lama dia menjauhi dari kitorang..aku ada tubuhkan group page kat fb.dalam group aku ada 7 orang sepatutnya.tapi bila aku check dalam beberapa hari, "DIA" keluar dari group tu...aku tubuhkan group tu supaya senang sikit kalau apa-apa berlaku..contohnya jika nombor telefon memasing hilang atau tukar baru. or ada event majlis kahwin or else and so on.. so dalam masalah ini, dia anggap kitorang yang lupa kan dia...em kawan-kawan aku siap send msj kat twitter,kat fb siap tanya perkembangan nya....so dia yang xbalas..jangan la nk cari pasal dengan kitorang..3tahun kau hilangkan diri n 3tahun ni jugak lah kau dah jauhkan diri dari kawan-kawan yang selalu ada dengan kau kat sekolah....em,terutama nya kawan baik kau...apa kau buat kat dia...kau lupakan dia,padahal korang lah sentiasa bersama sama. Aku xpayah cakap lah,aku still dengan group aku..mmg kitorang jarang contact tpi kitorang xpenah lost contact mcm tu jew...even kemana dorang pergi pun,we always have connection...Memasing busy so tak bermakna kitorang hilang mcm apa yang kau buat...Please lah jangan nak salahkan kitorang..

Sebenarnya tweet yang aku hantar tu untuk orang lain,bukan untuk kau pun....tapi aku pelik asal kau pulak tetiba terasa....haiihhhh,that mean betul lah kau lupa kitorang..tetiba bengang...! aku hantar dua tweet memula so aku tak terpikir ada orang reply...padahal yang aku tweet tu xmention nama sesiapa pun.. aku marah kat kawan aku masa tu.dia sekolah lain tapi orang lain yang terasa gilaaa dgn tweet aku.. ingat dia sorang kawan aku yang belajar tinggi2 nie..heee,perasan sungguh..Seriously aku mmg xmention nama sesiapa..then jadi isu antara aku dan dia..hmm,aku tak nafikan dia mmg seorang yang pandai..sekarang dia degree tapi sekurang-kurangnya sedar sikit and jangan perasan sangat..aku tak kisah dia nk marah aku or sakit hati dengan aku..tapi jangan libatkan kawan-kawan aku..memang aku burn...dorang tu kawan kau kot,dorang selalu ingat kau....haiihh kawan ke kalau macam tu..kitorang tahu kitorang bukan hot macm kawan-kawan yang lain...so jangan lah kau nak tuduh bermacam-macam...ingat sikit siapa yang selalu tika suka dan duka tu..hmm...dia tweet sampai 5kali xsilap aku.Blame kat kitorang..so i judge, memang betul dia lupakan kitorang.. so aku dah taknak amik port lagi pasal kau dah..kalau itu lah perangai kau sebenarnya.Lain gila semasa kau time sekolah and Sekarang.. Im sorry Kawan.. if you r myfriend you should know how to begin k...

Sekian,
Wasalam.

Friday, July 12, 2013

Ingatan

    Hye There.... Salam Ramdhan. Heee,korang puasa tak nie..haruslah korang puasa kan dan harini merupakan hari ketiga kita berpuasa...syukur alhamdulliah kita masih bernafas seperti biasa dan dapat meraikan bulan mulia ni.. Msti ada yang xsabar nak beraya kan...cehhh,puasa baru bape hari dah terbayang-bayang nk raya..hihi... itu perkara normal la der.... kena persiapkan sebelum raya cz nanti kita tak adalah kelam kabut menyediakan nanti..kann. Kali ini aku bersederhana sahaja..:) Aku sibuk mengecat rumah tahun ni sekian lamanya tak mengecat rumah. So bulan ni sibuk sedikit...yolah,perempuan buat kerja....adik2 lelaki pulak tak ada,memasing sibuk.Ada yang sibuk study kat Kedah, lagi sorang lak sibuk berniaga Bazar Ramadhan kat Sri Andalas Klang menjual Popia Oh Popia.hihi....so perempuan perempuan yang kat sini lah kena bertungkus lumus buat kerja bertukang..haaa kuat tak aku..haha...aku dan adik bongsu yang buat semua kerja tu..mak taknak kacau sebab dia sibuk buat tempahan menjahit..Mak,jangan lupa pula jahit baju kurung kitorang lak...sodih.haha..yelah mana tak nya....Customer bagi kain dalam 20 pasang..3 perempuan.. Ibu,2 anak perempuan nya..sorang berapa pasang aku tak ingat plk...huhu...Gila ke tak...haha..xpelah..orang tu nak mak aku jugak jahitkan..taknak tempat lain sbb dia nie cerewet..hahaha...Mak aku je yang faham keluarga dorang..dah mcm keluarga pun..

Semalam 11/07/2013 merupakan Hari Lahir Cousin yang aku rapat . Tpi aku cuma bagi Al-Fatihah pada arwah . Agar ia dirahmati dan ditempatkan orang-orang soleh..dia meninggal dunia pulak jatuh pada tarikh lahir aku jugak 11/08/2010.. agak sedih bila aku terbayangkan wajah dia.. Bila aku tertengok xcident motor budak..aku lari dari melihatnya..automatik aku menangis.hmm...kena bulan puasa pastu baru tolong hantar ibu berniaga kat bazaar. bas langgar motor...ya allah,betapa pilu nya hati bila tahu berita kejadian tu.Time tu xsilap hari jumaat petang..sampai sekarang aku xsambut sangat bila harijadi aku.aku cuma baca yassin untuk dia dan aku..sometimes kenduri doa selamat jew...mungkin itu lebih baik.. dia lah paling periang dalam kalangan cousin aku,dia lah ringan tulang dalam keluarganya...walaupun dia seorang yang lurus..tpi dia selalu buat kitorang gelak ketawa bersama...itulah dia..emm allah lebih sayangkan dia...kepergiaan dia membuatkan aku sentiasa mengingatkan dia...Al-fatihah kepadanya... 

Sekian,Wasalam..