10 PETANDA KESESUAIAN SESEBUAH PERHUBUNGAN DALAM MENCARI JODOH.
Firman
Allah SWT didalam Surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud, "Jika kamu
menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan
kedudukanmu" (7)
Sabda
Rasulullah SAW dari riwayat Al-Baihaqi R.A yang bermaksud, “ Apabila
telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh
agamanya. Maka bertaqwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum
disempurnakan lagi.”
Sabda
Rasulullah SAW dari riwayat Al-Bukhari yang bermaksud, “Dinikahi
perempuan itu kerana hartanya, dan kerana keturunannya dan kerana
kecantikannya, dan kerana agamanya, maka pilihlah yang beragama nescaya
kamu akan beroleh keuntungan.”
Jodoh
adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi
bagaimana anda mengetahui dia memang ditakdirkan untuk anda?
Justeru
itu, haruslah bagi kita mencari dan mengenal bakal pasangan kita dan
melihat akan kesesuaian sebelum sesebuah perhubungan itu dimulakan.
Berikut adalah 10 cara anda menilai kesesuaian anda dengan pasangan
anda.
BIL
|
PETANDA / PERKARA YANG DINILAI
|
MATA
(√)
|
1
|
Penilaian Melalui Pancaindera
Allah
SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat,
mulut dan lidah untuk berkata-kata serta akal untuk berfikir. Ini
adalah melalui ikatan emosi , spiritual dan fizikal yang kuat antara
keduanya. Apabila bersama, anda dapat merasai kemanisan cinta dan saling
memerlukan antara satu sama lain.
Contohnya;
1) Anda
dapat melihat dan menilai dari pandangan mata akan reaksi seperti
keceriaan pasangan anda ketika bertemu dan terasa rindu apabila
berjauhan atau tidak bertemu kerana tidak dapat melihat wajah
masing-masing.
2) Anda suka atau gembira mendengar suaranya dan rindu apabila tidak berhubung.
Kedua-duanya dapat merasai bahawa saling menyayangi dan mencintai antara satu sama lain.
Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.
|
10%
|
2
|
Perhubungan Yang Bersahaja / Tulus.
Perhubungan
yang terbentuk sentiasa bersikap bersahaja atau tulus dan tiada
lakonan antara satu sama lain apabila bersama. Ia seharusnya berlaku
spontan, tidak dikawal dan tiada paksaan. Kalau ada yang kelihatan
kurang selesa, mungkin ada sesuatu yang tersembunyi. Kadang-kala,
keadaan ini dapat dikesan bahawa segala yang berlaku hanyalah lakonan.
Contohnya;
1) Anda dapat melihat ini melalui cara pasangan anda berpakaian, bercakap, ketawa serta cara dia makan dan minum dan sebagainya.
2) Juga dapat dinilai melalui tindak balas ketika perbualan.
|
10%
|
3
|
Senang Apabila Bersama.
Sewaktu
anda bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun
tertekan pada diri anda tetapi anda sentiasa tenang dan gembira.
Begitu juga dengan pasangan anda. Semakin hari anda semakin sayang
kepadanya dan dia menjadi pengubat ketika anda berduka. Dia juga
merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Contohnya;
1) Apabila
berjauhan, terasa sedikit terkanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.
Tidak kira siang ataupun malam dan ketiadaannya terasa sedikit
kehilangan.
|
10%
|
4
|
Terima Pasangan Anda Seadanya.
Apapun
kisah silam yang pernah pasangan anda lalui, anda terima dia
seadanya. Anda tidak mengambil kisah siapa dia sebelum ini kerana pada
anda yang penting, siapa dia sekarang. Yang anda tahu, dia adalah milik
anda kini. Anda juga sedia berkongsi kisah silam anda dan mendengar
kisah silamnya. Contohnya;
1) Anda
tahu yang dia pernah mempunyai kekasih sebelumnya dan adalakanya
mereka ada berhubung untuk bertanya khabar tetapi anda tidak ambil hati
langsung kerana anda yakin akan batasan perhubungan mereka.
|
10%
|
5
|
Sentiasa Jujur
Sikap jujur yang anda pamerkan akan menarik hati pasangan anda. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan.
Anda sering berkata benar dan tidak berbohong dengan pasangan anda.
Begitu
juga dengan pasangan anda. Namun kadang-kala anda dapat mengesyaki
sesuatu apabila dia menipu anda. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi
faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila anda atau dia tidak
jujur, sukar bagi kalian mengelak daripada berlaku curang antara satu
sama lain.
Contohnya;
1) Anda memaklumkan kepadanya dengan siapa anda keluar, dengan siapa anda sering berhubung dan sebagainya.
2) Anda memaklumkan siap diri anda sebenarnya seperti latar belakang anda dan sebagainya.
Apabila
anda jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta anda. Kejujuran yang
disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati.
|
10%
|
6
|
Saling Mempercayai.
Anda
tidak kisah apa yang anda lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam
agama. Anda juga yakin bahawa dia percaya apa juga yang anda lakukan.
Contohnya;
1) Berkongsi masalah dengan tujuan dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
2) Tidak berperasaan negatif atau syakwa-sangka terhadap pasangan anda atas apa yang dia lakukan.
3) Berkongsi rahsia anda kerana anda yakin bahawa rahsia anda akan disimpan dengan baik.
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
|
10%
|
7
|
Senang Bekerjasama
Bagi
yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang
panjang, anda dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini.
Anda sering memberi kerjasama dengan baik apabila pasangan anda
memohon bantuan atau ketuka melakukan suatu perkara sama samada
perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan adalah ikhlas
bagi membantu pasangan meringankan tugasnya. Perkara paling penting,
kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain
dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia
mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama,
sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban
tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
|
10%
|
8
|
Memahami pasangan.
Bagi
pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya
seperti waktu kegembiraannya, kedukaan dan kesakitam. Anda juga
memahami apa yang pasangan anda suka dan tidak suka.
Contohnya;
1) Pasangan anda tidak gemar dia diganggu semasa waktu bekerja dan anda menghormati keputusannya.
2) Pasangan anda gemar bergurau senda dan anda memastikan setiap yang anda lakukan mampu membuat dia tertawa.
3) Di kala dia inginkan teman berbicara, anda menjadi pendengar.
4) Anda selalu bersamanya dalam sebarang situasi. Tidak kira dia sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuknya.
5) Anda
juga menerima pasang surut dalam perhubungan. Kata orang, "lidah
sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga
sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita
melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah,
dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
|
10%
|
9
|
Bersedia menampilkan kelemahan dan bersedia mengatasinya.
Tiada
siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku
dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita
memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Anda terlalu banyak
merahsiakan kelemahan diri anda dan bersedia memberitahunya serta
berusaha mengatasi kelemahan yang ada, Anda juga dapat menerima setiap
kelemahan pada pasangan anda.
|
10%
|
10
|
Kata hati
Kadangkala,
manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan
memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat
saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca
fikiran antara satu sama lain sekaligus dapat menduga reaksi dan
tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan
hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?
Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada
ketentuan yang maha berkuasa dengan tawakal dan redho akan ketentuan
Allah.
|
10%
|
TOTAL MATA TERKUMPUL ( __/100M )
|
Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh
dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di
pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya,
dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi
atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita
melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan
petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia
pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia
dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan
kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah
kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya
sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
**COPY PASTE DARI HAMBA ALLAH